suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jawatankuasa Khas Kaji Industri Vape Ditubuhkan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji isu berkaitan industri vape susulan perdebatan hangat mengenai larangan yang dicadangkan terhadap vaping.

Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata jawatankuasa itu akan menjadi rujukan berhubung isu vape bagi mengelak sebarang percanggahan pendapat dalam kalangan kementerian.

"Jawatankuasa itu akan dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Chong Chee Kheong dan beberapa pakar dari bidang respitori," katanya pada majlis perasmian kempen kesedaran denggi peringkat kebangsaan di sini, Ahad.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, jawatankuasa itu akan mula bermesyuarat pada Isnin dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas membincangkan perkara tersebut.

Pada Khamis, peniaga vape dikejutkan dengan kehadiran pegawai Kementerian Kesihatan yang melakukan serbuan di seluruh negara yang didakwa melibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit.

Seorang jurucakap kementerian itu berkata serbuan dan rampasan dilakukan untuk memantau kandungan nikotin di dalam cecair vape yang dijual di pasaran dan beberapa kedai yang beroperasi tanpa lesen sah.

Artikel Lain