suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid Temui Kepimpinan Umno Kedah

Kepimpinan Umno Pusat yang diketuai Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Umno Kedah, pagi Sabtu.

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid mengadakan pertemuan bersama kepimpinan Umno bahagian Kedah, pagi Sabtu.

Perjumpaan itu turut dihadiri Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan, selain ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut memaparkan beberapa gambar berkaitan pertemuan yang diadakan dikediaman rasminya, Sri Mentaloon di laman sosial, Facebook.

"Demi muafakat dalam kekekuargaan parti, Umno terus bersatu. Sri Mentaloon menjadi saksi," demikian kenyataan pada laman media sosial itu.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno bahagian Terengganu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain