suria

Kapal Tentera Laut Australia Berlabuh di Kota Kinabalu

Kapal HMAS Stuart (FFH 153)

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Australia HMAS Stuart (FFH 153) dengan kekuatan 25 pegawai dan 163 anggota di bawah pemerintahan Komander Aaron Nye, berlabuh di Pelabuhan Awam Kota Kinabalu (PAKK) pada 10 pagi Sabtu.

Markas Tentera Laut Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata tujuan kapal itu melawat PAKK adalah untuk ulang bekal dan beristirehat selama tiga hari mulai hari ini, setelah menyertai 'Japanese Fleet Review' dan 'Eks NICHI GHOU TRIDENT' di Yokosuka, Jepun pada awal bulan lepas.

Antara acara rasmi diatur bersempena lawatan kapal itu ke PAKK adalah majlis makan tengah hari bersama Pegawai Memerintah HMAS Stuart, kunjungan hormat Pegawai Memerintah kapal ke atas Panglima Wilayah Laut 2 dan Panglima Markas Kapal Selam serta majlis resepsi anjuran Tentera Laut Diraja Malaysia di Wisma Kejora, dekat sini.

"Persinggahan terakhir kapal ini sebelum memasuki Malaysia adalah Zhanjiang, China dan akan kembali ke pangkalan asal selepas lawatan operasi di Malaysia tamat," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kali terakhir HMAS Stuart mengadakan lawatan ke Malaysia adalah pada September 2014 kerana terlibat dalam Eksesais BERSAMA LIMA 14.

Kapal kelas ANZAC yang mempunyai kelajuan maksimum 27 knot itu, dibina oleh Tenix Defence System, Williamstown dan berpangkalan di Sydney.

Australia, HMAS Stuart, FFH 153

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain