suria

Lelaki Lepaskan Tembakan Terhadap Anggota Esscom Ditembak Mati

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditembak mati selepas dia melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang sedang menjalankan operasi di kawasan tumpuan pendatang asing tanpa izin di Lahad Datu pada awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian itu, suspek, Sedino Mas Parit dilapor telah melepaskan tembakan ke arah pasukan Esscom pada pukul 7.15 pagi.

"Anggota kami tidak mempunyai pilihan untuk bertindak balas  selain menembak suspek," kata Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Sepucuk pistol jenis .38 dan tiga peluru turut ditemui bersama mangsa," katanya.

Sementara itu, seramai 915 orang telah diperiksa dalam operasi di Perkampungan Sabah Baru dan Epil dari pukul 3 hingga 9 pagi Jumaat.

Daripada jumlah itu, 193 disyaki pendatang asing tanpa izin.

Esscom, Sabah

Artikel Lain