Jaspal Bakal Isteri Saya - Tertuduh - Semasa | mStar

Jaspal Bakal Isteri Saya - Tertuduh

Jaspal Kaur maut akibat jatuh dari ketinggian 26 meter dari tebing di Bukit Permai, Ampang.

AMPANG: Penasihat ejen jualan kereta mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian teman wanitanya yang terjatuh dari tebing Bukit Permai di sini, bulan lalu.

Kelihatan menggelabah, Sharminder Singh Christi Anthony, 35 memberitahu mahkamah dia tidak membunuh Jaspal Kaur, 28, sebaliknya ia kemalangan.

Sharminder berkata demikian bagi menjawab soalan Hakim Unaizah Mohd di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.

"Saya tak lakukan apa-apa. Ia satu kemalangan," kata Sharminder berulang kali sehingga dia diingatkan bahawa supaya memberi maklum balas kepada permohonan ikat jaminnya.

Bapa kepada dua anak berusia lapan dan 11 tahun itu dipercayai menyebabkan kematian Jaspal di Taman Bukit Permai, Bukit Permai pada 12.15 malam pada 30 Oktober lalu.

Jaspal dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh pada ketinggian 26 meter dari tebing selepas bertengkar dengan teman lelakinya itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz meminta mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana ia membabitkan kesalahan serius.

"Ada kemungkinan tertuduh melarikan diri atau mencemar bukti pihak pendakwa jika dibenarkan ikat jamin," kata Nurakmal.

Sharminder juga merayu dibenarkan ikat jamin kerana hanya dia seorang membiayai keluarga termasuk ibunya.

"Jaspal bakal menjadi isteri saya tetapi kemalangan itu berlaku. Konkrit di situ licin, saya kehilangan seseorang yang saya cintai," katanya.

Bagaimanapun, Hakim Unaizah Mohd tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 7 Disember untuk sebutan kes itu.

Sharminder didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana cuai hingga menyebabkan kematian. Jika bersabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau keduanya.

Dilaporkan, siasatan mendapati Jaspal mungkin terjatuh selepas ditampar teman lelakinya di leher ketika mereka bertengkar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain