Guru Dakwa Ditipu Jurujual, Duit Murid Lesap - Semasa | mStar

Guru Dakwa Ditipu Jurujual, Duit Murid Lesap

KANGAR: Seorang guru mendakwa ditipu seorang jurujual  syarikat menjual rehal selepas tertarik dengan tawaran diberikan, menyebabkan RM420 duit yang dikutip daripada murid bagi menempah rehal itu lesap.

Guru di sebuah sekolah di Padang Besar, dekat sini mendakwa pihaknya menempah rehal itu pada Julai lepas namun tidak menerimanya sehingga kini.

Susulan itu, guru tersebut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial DSP Mohd Rawi Ab Ghani mengesahkan polis menerima laporan itu dan sedang menjalankan siasatan.

"Pihak kawalan keselamatan perlu mencatat rekod keluar masuk pelawat yang datang ke sekolah kerana sekiranya berlaku perkara seperti ini akan memudahkan , pengesanan bagi membantu proses siasatan polis," katanya dalam kenyataan.

Beliau meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat sekiranya terserempak dengan jurujual yang disyaki kepada IPK Perlis di talian 04-9082222.

Rehal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain