suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesedaran Kewajipan Zakat Semakin Meningkat - PPZ

LABUAN: Pusat Pungutan Zakat (PPZ) setakat ini menerima RM1.03 juta bayaran zakat perniagaan daripada pelbagai badan korporat dan individu di pulau bebas cukai ini untuk tahun ini.

Pengerusi PPZ, Datuk Che Mat Che Ali berkata peningkatan kutipan zakat adalah hasil daripada peningkatan kesedaran orang ramai dari segenap lapisan tentang kewajipan membayar zakat.

Kami dapati, kesedaran tentang kewajipan ini meningkat dengan ketara dan ini dapat dilihat melalui jumlah zakat yang dipungut," katanya pada sidang media selepas Majlis Penghargaan Zakat Perniagaan dan Potongan Gaji oleh Majikan di sini, Rabu.

Beliau berkata PPZ di semua negeri mencatat pertambahan jumlah kutipan zakat dan jumlah sebenarnya akan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Januari tahun depan.

Dengan bertambahnya kutipan zakat, kami akan dapat membantu lebih banyak kumpulan Asnaf atau mereka yang memerlukan bantuan, katanya.

Dua puluh dua badan korporat, termasuk individu dan 22 majikan, menerima sijil penghargaan daripada PPZ pada majlis itu.

Zakat, PPZ

Artikel Berikut

Artikel Lain