suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Lorong Bunga Raya, Taman Bunga Raya Kepayan dekat sini awal pagi Rabu.

Mayat Yong Vy Keong, 70, Chong Fui Yuen, 50, dan Peter Yong, 30, ditemui rentung di dalam tandas, bilik tidur dan dapur di rumah mereka dalam kejadian kira-kira 1 pagi.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata kejadian turut memusnahkan empat buah kenderaan.

Punca kebakaran masih disiasat, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain