suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

21 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi Selasa

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi Selasa.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Pelabuhan Kelang mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 174, diikuti Shah Alam (157) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (146).

Kawasan-kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Petaling Jaya (140); Banting dan Kuala Selangor (masing-masing 137); Tanjung Malim (133); Putrajaya (130) dan Tawau (123).

Cheras, Kuala Lumpur (121); Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (117); Seri Manjung (114); Seremban (115); Jalan Tasek, Ipoh (112); Bukit Rambai, Nilai dan Jerantut (masing-masing 110); Bakar Arang, Sungai Petani (107); Port Dickson (106); Kuala Terengganu (105) dan Kemaman (103).

Sebanyak 29 kawasan pula merekodkan bacaan IPU sederhana, antaranya Bandaraya Melaka (97), Balok Baru, Kuantan (95) dan Alor Setar (91).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

IPU Tidak Sihat

Artikel Lain