suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Tan Sri Abdul Kadir Talib Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Tan Sri Abdul Kadir Talib, meninggal dunia kerana sakit tua di sebuah pusat perubatan di sini, 6.40 pagi Jumaat.

Jenazah Allahyarham yang berusia 86 tahun dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas jenazahnya disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) menyifatkan pemergian Abdul Kadir sebagai satu kehilangan besar kerana Allahyarham ketika hayatnya banyak berjasa kepada negara dan umat Islam.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata pihaknya dukacita atas pemergian Abdul Kadir dan mendoakan Allahyarham dicucuri rahmat.

"Kami mendoakan supaya keluarganya tabah dalam menerima perkara ini. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solihin atas jasanya kepada negara dan umat Islam," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Abdul Kadir, yang berasal dari Pontian, Johor, merupakan Mufti Wilayah Persekutuan dari Julai 1991 hingga Januari 1997.-- Bernama



Abdul Kadir Talib, Jakim, mufti

Artikel Berikut

Mohd Arif KSU Baharu KKLW

Artikel Lain