suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Parah Ditembak Di Permatang Pauh

Anggota polis berada di lokasi kejadian di mana seorang lelaki, Yap Kang Hee, 27 cedera setelah ditembak ketika menunggang motosikal oleh penunggang lain yang tidak dikenali yang mengekorinya di Kampung Bukit Merah, Permatang Pauh, Khamis. -foto THE STAR
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat di Kampung Bukit Merah, Permatang Pauh di sini Khamis.

Yap Kang Hee, 27, ditembak ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya pada pukul 5.20 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata mangsa yang bekerja sendiri itu cedera di leher dan bahu.

"Suspek yang menaiki motosikal dipercayai mengekori mangsa sebelum melepaskan dua das tembakan menyebabkan motosikal mangsa terbabas dan melanggar tiang sebuah rumah di situ sebelum terjatuh manakala suspek memecut melarikan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Zakaria berkata lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya oleh seorang anggota keluarganya yang kebetulan berada di tempat kejadian dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk menyiasat motif kejadian itu," katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung  kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
kes tembak, Datuk Zakaria Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain