suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

17 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 10 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jalan Tasek di Ipoh dan Perai adalah dua kawasan yang mencatat penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 10 malam Isnin.

Jalan Tasek mencatat bacaan IPU 97 manakala Perai (99), dengan kedua-dua kawasan masing-masing sebelum ini merekodkan bacaan 103 dan 110 pada 7 malam Isnin.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 17 kawasan masih mencatat bacaan IPU tidak sihat.

Kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat adalah Pasir Gudang (111), Alor Setar (109), Sungai Petani (111), Langkawi (158), Bandaraya Melaka (113), Bukit Rambai (116), Port Dickson (111), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (113), Kampung Air Putih, Taiping (114) dan Seri Manjung (133).

Turut mencatat bacaan IPU dalam kategori sama ialah Kangar (107), Seberang Jaya 2 (113), Universiti Sains Malaysia (117), Banting (103), Kuala Selangor (122), Pelabuhan Klang (118) dan Shah Alam (114).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

jerebu

Artikel Lain