suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video: Empat Perompak Larikan Barang Kemas

BUTTERWORTH: Empat perompak yang memakai jaket hitam dan menutup muka mereka dengan helmet berjaya melarikan diri bersama beberapa dulang barang kemas dalam insiden rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Medan Kurau 1, Taman Chai Leng di sini.

Difahamkan, perompak tersebut tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa dengan menggunakan dua motosikal.

Tiga daripada suspek meluru masuk ke dalam kedai emas tersebut.

Dua suspek bersenjatakan tukul besi.

Mereka memecah panel kaca untuk mengambil barang kemas tersebut manakala seorang lagi bersenjatakan sepucuk pistol membantu dua suspek itu dari dalam kedai tersebut.

Suspek keempat menunggu di luar kedai emas terbabit dengan dua senjata di tangannya.



rompak, kedai emas

Artikel Lain