suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu: Jarak Penglihatan Di Sabah Menurun

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di Sabah diselubungi jerebu pada Ahad dengan jarak penglihatan di utara Kudat menurun kepada 2.5 Kilometer (km) dari 4km sehari sebelumnya.

Pengarah Perkhidmatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah, Abdul Malik Tussain berkata jarak penglihatan di bandar dan Ranau kekal 3km.

Menurutnya, keadaan jerebu di timur laut Tawau kembali pulih dengan jarak penglihatan meningkat dari 4km ke 6km.

Menurut Abdul Malik keadaan jerebu akan berterusan sehingga akhir bulan ini dengan ketibaan musim monsun Timur Laut.

Tambahnya lagi, keaadan ini berikutan penolakan angin Barat Daya yang membawa asap dari Kalimantan.

Sabah, Kudat

Artikel Lain