suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

M. Saravanan Sah Bertanding Jawatan Timbalan Presiden MIC

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan mengesahkan beliau akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan semula parti yang dijadualkan pada 24 dan 25 Oktober ini.   

Beliau akan bertemu Presiden parti Datuk Seri Dr S.Subramaniam bagi menyatakan keputusan itu, yang diambilnya setelah mendapat sokongan daripada akar umbi.

"Saya akan jumpa beliau (Dr Subramaniam) berhubung hasrat saya untuk bertanding setelah semua pemilihan peringkat bahagian selesai (pada akhir minggu ini). Keputusan (bertanding) terletak kepada persetujuan beliau," kata Saravanan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan kepada pemberita selepas jamuan malam bersama Ketua-Ketua Cawangan MIC Wilayah Persekutuan di sini. 

Pada majlis itu, MIC Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada 11 bahagian- Cheras, Batu, Bukit Bintang, Bandar Tun Razak, Setiawangsa, Lembah Pantai, Segambut, Titiwangsa, Kepong, Seputeh dan Putrajaya - mengumumkan sokongan kepada Saravanan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu.   

Semasa menyambut baik sokongan itu, Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan yakin perwakilan parti dapat membuat keputusan bijak demi masa depan parti, masyarakat India dan negara.

Datuk M. Saravanan, MIC

Artikel Berikut

Artikel Lain