suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Ulangi Tidak Terlibat Dalam Siasatan 1MDB

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya tidak terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan media pada Selasa, SPRM menjelaskan siasatan terhadap 1MDB dijalankan sepenuhnya oleh polis.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa SPRM tidak menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

"Isu 1MDB disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh yang demikian, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM," menurut kenyataan tersebut.

Penjelasan ini dibuat sekali lagi kerana masih terdapat pertanyaan daripada pemberita dan kenyataan yang mengaitkan siasatan 1MDB dengan SPRM.

"Perkara ini telah diperjelaskan sebelum ini termasuk menerusi satu kenyataan media SPRM bertarikh 5 Ogos 2015," katanya.
1MDB, SPRM, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bantah Bukan Sekadar Bantah

Artikel Lain