suria

Johor Nafi Mahu Keluar Dari Malaysia

NUSAJAYA: Kerajaan Johor menafikan dakwaan mahu keluar dari Malaysia susulan paparan skrin surat rasmi dari Pejabat Daerah Segamat yang menggesa bendera Jalur Gemilang digantikan dengan bender daerah masing-masing tersebar di laman media sosial.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata, Johor bersetuju untuk kekal bersama dengan kerajaan Persekutuan sejak dahulu lagi.

"Adalah mustahil untuk kerajaan negeri keluar dari Malaysia dan membina negara sendiri kerana untuk melakukannya perlu melalui pelbagai prosedur.

"Saya berharap selepas ini, jika terdapat sebarang isu atau soal Johor mahu keluar dari Malaysia, sila rujuk kepada peringkat kerajaan negeri sebelum membuat sebarang andaian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di sini, Selasa.

Menurut Ismail, isu tersebut disalah tafsir oleh Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma'in.

Paparan skrin surat tersebut menjadi viral di laman media sosial.

Surat pekeliling itu menggunakan kepala surat Pejabat Daerah Segamat yang bertajuk "Pemasangan Bendera Daerah Menggantikan Jalur Gemilang".

Surat tersebut ditandatangani Ahmad Ma'in bertarikh 17 September yang mendakwa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengarahkan bendera Jalur Gemilang di Johor diturunkan serta merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing kerana sambutan Hari Kebangsaan sudah berakhir.

Johor, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain