suria

Jerebu: Sekolah Di N.Sembilan Turut Ditutup

SEREMBAN: Semua sekolah di negeri ini ditutup pada Selasa berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Kalsom Khalid berkata penutupan dibuat atas arahan Kementerian Pendidikan.

"Lewat malam tadi (Isnin) , Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan supaya sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka ditutup hari ini (Selasa) berikutan IPU menghampiri bacaan 200 (tidak sihat)," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penutupan pada Khamis ini selepas bercuti pada Rabu  sempena sambutan Hari Malaysia, turut bergantung kepada arahan kementerian.

Kalsom berkata guru juga diberikan cuti tetapi masih perlu hadir untuk menguruskan keselamatan murid dan pelajar yang masih datang ke sekolah kerana tidak mendapat makluman mengenai penutupan sekolah.

"Bila sudah selesai semua urusan itu, mereka boleh pulang," katanya. 

jerebu

Artikel Berikut

Artikel Lain