suria

Paip Pecah Punca Jalan Tun Razak Sesak

KUALA LUMPUR: Insiden paip pecah di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira dua kilometer di sepanjang Jalan Tun Razak arah selatan di sini, pagi Khamis.

Menurut penyelia Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Fauzan Asnawi, kerja-kerja pembaikan paip yang pecah petang semalam, tergendala berikutan berlaku kemalangan di kawasan itu malam tadi.

"Kemalangan yang melibatkan lima buah kenderaan malam tadi menyebabkan kerja pembaikan tergendala dan terpaksa diteruskan pagi ini. Kami menjangkakan kerja baik pulih selesai kira-kira 11 pagi ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap Kedutaan Amerika Syarikat, P. Muralli berkata gangguan bekalan air turut berlaku di beberapa kawasan berhampiran sejak semalam namun dijangka pulih selepas kerja-kerja pembaikan paip berkenaan siap.

Jurucakap Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur berkata, keadaan trafik kembali terkawal kira-kira pukul 9.30 pagi apabila dua lorong telah dibuka bagi melancarkan aliran lalu lintas. 

Jalan Tun razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain