suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Serah Maklum Balas Laporan Nahas MH17 Kepada Pasukan Penyiasat Belanda

BENTONG: Malaysia telah menyerahkan maklum balas tentang laporan nahas pesawat MH17 kepada pasukan penyiasat Belanda baru-baru ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Sabtu.

Tanpa menyatakan tarikh maklum balas itu diserahkan, Liow berkata, ia dihantar kepada pasukan penyiasat berkenaan untuk dimuktamadkan sebelum didedahkan kepada umum pada awal Oktober.

"Tidak patutlah saya mendedahkan kandungan laporan itu kerana ia belum dimuktamadkan dan ia sepatutnya dimuktamadkan oleh mereka (pasukan penyiasat Belanda).

"Mereka berjanji akan mengumumkannya Oktober ini. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa perkara paling penting ialah laporan itu perlu mendedahkan perkara sebenar dan punca kejadian tersebut.

"Laporan awal menyebut objek berkuasa tinggi terkena MH17, jadi kami ingin memuktamadkan apakah objek itu. Saya berharap laporan ini akan mendedahkannya," kata Liow kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Pahang di sini.

Laporan sebelum ini menyebut pihak bekuasa Belanda telah selesai menyediakan laporan akhir tentang nahas pesawat itu dan menyerahkannya kepada Malaysia bagi mendapatkan maklum balas mengenainya.

Liow, yang juga Presiden MCA, berkata Malaysia perlu mengetahui pihak yang bertangungjawab tentang kejadian itu dan keadilan ditegakkan untuk mangsa.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu, sebahagian besarnya rakyat Belanda, maut apabila ia ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di timur Ukraine. - Bernama

MH17, Liow Tiong Lai

Artikel Lain