suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis Kaji Dana Politik Dibentuk Dua Minggu Lagi

Paul Low.

KUALA LUMPUR: Sebuah majlis kebangsaan mengenai dana politik mungkin dibentuk dalam tempoh dua minggu lagi, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Paul Low berkata surat jemputan untuk mengisi kerusi di dalam majlis ini akan dihantar pada akhir minggu ini.

"Ia (pembentukan majlis ini) akan dilakukan segera, dalam tempoh dua minggu kerana ia bergantung kepada tempoh mereka (yang dijemput) memberikan maklum balas," katanya kepada pemberita di Hotel Royal Chulan.

Beliau merujuk kepada idea yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lalu yang mencadangkan kerajaan akan mengkaji dana politik dan mengawal selia perkara itu.

Low berkata surat jemputan akan dihantar kepada wakil politik dari parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang selain orang ramai dan beberapa kumpulan seperti Majlis Peguam.



dana politik, Paul Low

Artikel Sebelum

Artikel Lain