Hishammuddin Yakin TPM Ada Bukti Kukuh Tentang Komplot Guling Kerajaan

Hishammuddin Tun Hussein.

TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pasti mempunyai bukti kukuh sebelum mendedahkan tentang tindakan seorang tokoh besar Umno menjadi dalang utama komplot menggulingkan kerajaan melalui cara tidak demokratik. 

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn berkata, ia merupakan satu perkara yang serius dan tidak mungkin perkara itu ditimbulkan tanpa sebarang fakta dan bukti yang dapat meyakinkan rakyat dan anggota Umno khasnya.

"Sudah tentu ia memerlukan bukti yang kukuh kerana perkara yang serius seperti ini tidak akan dapat diyakinkan kepada rakyat khususnya anggota kita dengan cara penerangan begitu sahaja.

"Saya yakin Timbalan Perdana Menteri mempunyai bukti tertentu dan ia akan dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi termasuk bentuk tindakan yang diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Kuala Krau di sini, Ahad.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Kuala Krau merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said serta barisan kepimpinan Umno bahagian serta sayap parti.

Ahmad Zahid pada Sabtu mendedahkan tindakan seorang tokoh besar Umno menjadi dalang utama mengatur gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara undi tidak percaya di Parlimen dengan sokongan anggota Parlimen pembangkang.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini turut dikaitkan dengan komplot untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun telahpun dinafikan oleh beliau yang juga Timbalan Presiden Umno.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, anggota Umno di peringkat akar umbi diminta menyerahkan hal itu kepada pucuk pimpinan untuk dibincangkan termasuk mencari bukti yang lebih jelas.

"Kita tidak boleh keluar dari isu ini kalau tidak bersandarkan kepada prinsip tertentu yang universal seperti kebenaran, bukti dan perbincangan yang rasional serta pertimbangan lain," katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta pemimpin Umno bahagian supaya kembali ke landasan asal perjuangan parti termasuk membincangkan soal kebajikan anak bangsa dan hal berkaitan kedaulatan negara tanpa terlalu fokus terhadap isu semasa.

"Dalam keadaan politik hari ini, Umno tidak pernah abai perkara pokok dalam perjuangan kita, contohnya berdepan dengan ekonomi dunia yang mencabar, apa juga perkara dilemparkan, isu keselamatan tetap diutamakan. 

"Saya rasa bangga dengan Ketua Umno Bahagian Kuala Krau serta perwakilan kerana berbincang tentang soal pokok termasuk keperluan anak muda dalam soal pekerjaan dan perumahan.

"Kemampuan parti dalam menyelesaikan isu sebeginilah yang akan akan dinilai pada pilihan raya nanti dan bukannya dalam soal menyelesaikan isu semasa yang berubah setiap masa dan hari. 

Dalam ucapannya perasmiannya sebelum itu, beliau turut meminta anggota Umno supaya terus utuh dalam satu saf bersama barisan kepimpinan tertinggi parti untuk memastikan kelansungan parti membela nasib anak bangsa. - Bernama

Hishammuddin Tun Hussein, Umno

Artikel Sebelum

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain