suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Masalah Antara Sultan Johor Dan PM - Mohd Puad

Dr Mohd Puad Zarkashi

BATU PAHAT: Tidak ada sebarang masalah hubungan di antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menjelaskan bahawa ada pihak tertentu telah menyebarkan khabar angin di media sosial bahawa Sultan dan Najib tidak mempunyai hubungan yang baik.

Foto Sultan Ibrahim dan Najib menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura di republik itu pada 9 Ogos lalu menjadi viral di media sosial. 

Ia menunjukkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah berjalan di hadapan Sultan dan anaknya Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail.

"Saya bertemu dengan beliau (Najib) baru-baru ini dan beliau memberitahu saya tidak ada salah faham dengan Sultan.

"Malah, Najib turut menyapa baginda sebelum permulaan perarakan Hari Kebangsaan di Padang, '' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan pada hari Sabtu.

Sultan Johor, Najib Tun Razak

Artikel Lain