suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Isteri, Ibu Maut Kereta Dirempuh Treler

IPOH: Tiga orang dilapor maut apabila kereta mereka  dirempuh treler di Kilometer 24, Jalan Teluk Intan dekat Teluk Intan Sabtu malam.

Mangsa ialah Mohd Nazeri Abdul Razak, 45, isterinya Norzuwida Ahmad Tarmizi, 41, dan ibu Norzuwida, Zalehah @ Zaleha Ibrahim, 71.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pasangan suami isteri itu dari Petaling Jaya, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zaleha yang tinggal di Tapah meninggal dalam perjalanan ke Hospital Teluk Intan.

Beliau berkata tiga orang anak pasangan itu iaitu Muhammad Danial, 1 tahun,  Muhammad Aiman Haziq, 8, dan Nuramira Shafika, 15, cedera ringan.

Kejadian berlaku pada pukul 8.20 malam apabila treler berkenaan yang datang dari arah Chenderong Balai menuju Teluk Intan dilapor terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar kereta Proton Wira yang dinaiki keluarga berkenaan, katanya kepada Bernama.

Mohd Shuhaily berkata pemandu treler terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut.-- Bernama



Artikel Lain