"Wartawan kami di Bangkok, membuat susulan mengenai cerita ini, cuba mendapatkan akses kepada Justo selama beberapa hari dan akhirnya ia ditawarkan oleh peguamnya.
"Sememangnya, kita mengejar peluang, memandangkan terdapat kepentingan dan minat yang meluas terhadapnya," katanya dalam satu kenyataan.
Pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif/penerbit Ho Kay Tat mempertikaikan bagaimana The Straits Times berjaya mendapat akses kepada Justo.
Mereka tertanya-tanya 'kuasa atau tangan tersembunyi' mana telah mengatur Nirmal Ghosh daripada akhbar harian Singapura itu untuk bertemu Justo supaya dia boleh melancarkan serangan ke atas kami?"
Walau bagaimanapun, Quek berkata: "Kami tahu bahawa tiada tangan tersembunyi di sebalik akses yang diperolehi."
Semasa temubual, Justo mendakwa bahawa Tong bersetuju untuk membayarnya AS$2 juta untuk data dicuri dari PetroSaudi International. Tetapi wang itu tidak pernah dibayar.
Tong dan Ho dalam satu kenyataan mengaku mahu mengelirukan Justo.
Tiada 'Tangan Tersembunyi', Wartawan Dapat Temubual Justo Selepas Beberapa Hari Mencuba
Xavier Andre Justo


