suria

Penghantar Surat Individu Kelima Ditahan Kes 1MDB

PUTRAJAYA: Seorang penghantar surat menjadi individu kelima yang direman bagi membantu siasatan berhubung akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perintah reman empat hari bermula Ahad terhadap lelaki berumur 27 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ditemui di mahkamah, perintah reman itu bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a), Akta SPRM 2009 iaitu menerima rasuah.

Mahkamah sama sebelum ini mengeluarkan perintah reman terhadap empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes 1MDB, bagaimanapun dua daripadanya dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Penghantar surat berkenaan ditahan di rumahnya di Bentong, Pahang pada 6.30 petang Sabtu.

Suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan pemilik tunggal sebuah syarikat perdagangan berumur 28 tahun yang juga direman empat hari bermula Jumaat lepas.




1MDB, penghantar surat, SPRM

Artikel Sebelum

Bilik Server RTM Terbakar

Artikel Lain