"Artikel WSJ Dengan Sendirinya Beri Penjelasan," Kata Dow Jones Kepada Peguam PM - Semasa | mStar

"Artikel WSJ Dengan Sendirinya Beri Penjelasan," Kata Dow Jones Kepada Peguam PM

PETALING JAYA: Dow Jones & Company Inc menyatakan bahawa tidak perlu bagi pihaknya memberi penjelasan mengenai dua artikel yang disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang bertujuan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahgunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam jawapannya kepada peguam Perdana Menteri, syarikat yang memiliki WSJ itu berkata laporan yang diterbitkan pada 2 Julai dan diikuti oleh artikel pendapat pada 6 Julai dengan sendirinya telah memberi penjelasan kerana ia adalah 'berdasarkan fakta yang ada'.


"Dalam surat anda, anda ingin mendapatkan pengesahan sama ada pendirian (kami) diambil (Artikel Berita dan Pendapat) di mana anak guam (anda) menyalahgunakan hampir AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.

""Kami percaya permintaan anda tidak perlu kerana Artikel Berita dan Pendapat bercakap bagi diri mereka sendiri," peguam Dow Jones dan ketua pegawai pematuhan Jason P. Conti dipetik sebagai berkata dalam surat yang dilihat oleh Malay Mail Online.

Syarikat ini bertindak balas terhadap permintaan peguam Najib, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak Advocates & Solicitors dalam surat bertarikh 8 Julai yang meminta pengesahan WSJ sama ada ia mempertahankan laporan yang mendakwa anak guamnya menyalahgunakan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion)
yang dimiliki oleh 1MDB.

Surat dari firma undang-undang Najib menggesa Dow Jones menyatakan pendiriannya terhadap artikel yang dibuat kerana mereka secara kolektif mencadangkan WSJ tidak pasti sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepadanya, namun cuba mewujudkan gambaran bahawa Perdana Menteri bersalah menyalahgunakan AS$ 700 juta .

Walau bagaimanapun, Conti menyatakan bahawa artikel pada 2 Julai, bertajuk “Malaysia leader’s accounts probed”, jelas telah menyatakan bahawa wang yang dijejaki tidak menunjukkan bagaimana dana itu dibelanjakan.

Peguam itu juga menegaskan bahawa artikel pada 2 Julai adalah laporan berita manakala artikel bertarikh 6 Julai bertajuk "Scandal in Malaysia" adalah artikel berbentuk pendapat yang berasaskan fakta yang telah ditampilkan.

"Kesimpulannya, ia cukup jelas bahawa artikel berita itu adalah adil dan ringkasan tepat kepada peristiwa semasa, dan pendapat itu memasukkan komentar yang munasabah berdasarkan fakta.

"Sebarang cadangan lain adalah tidak kena pada tempatnya dan tidak berasas," Conti dipetik sebagai berkata oleh Malay Mail Online.

Tambahnya, penerbit AS itu masih belum melantik wakil undang-undang di Malaysia memandangkan tindakan undang-undang masih belum diambil terhadap WSJ terhadap laporannya.

"Jika dan apabila anda berbuat demikian, kami akan mempertimbangkan pelantikan peguam cara di Malaysia," Conti menulis dalam surat yang diterima peguam Najib, Khamis.

Firma undang-undang Perdana Menteri telah memberikan Dow Jones tempoh 14 hari untuk mengesahkan tuduhan terhadap anak guamnya.

Percubaan untuk menghubungi Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang merupakan salah seorang peguam Najib, tidak berjaya.

1MDB , Dow Jones , WSJ

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain