suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Masih Tunggu Kebenaran Thailand Untuk Soal Justo

Xavier Andre Justo (kiri, duduk).

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum mendapat kebenaran daripada polis Thailand untuk menyoal siasat bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, permohonan rasmi telah dibuat kepada pihak Thailand untuk menemui Justo.

Justo, dijangka didakwa kerana cuba memeras ugut PetroSaudi, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justo mendakwa seramai 10 orang membeli beberapa dokumen daripadanya bagi mengadakan serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dia membuat pengakuan segala-galanya. Dia berikan kerjasama yang baik kepada kita... setiap dokumen, malah dari telefonnya sendiri," kata jurucakap polis Thailand, Lt. Jen. Prawuth Thavornsiri kepada The Strait Times.

Sementara itu, mengenai dakwaan yang dibuat oleh bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi, Khalid berkata, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara.

Artikel Lain