suria

Plaza Low Yat Gesa Orang Ramai Tidak Sebar, Percaya Khabar Angin

Plaza Low Yat. Foto FAIHAN GHANI / THE STAR

PETALING JAYA: Orang ramai diminta supaya tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan di media sosial mengenai apa yang berlaku di Plaza Low Yat, kata pihak pengurusan kompleks itu.

"Pengurusan Plaza Low Yat menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin atau menyebarkan maklumat tidak tepat yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan dan memberi ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan.

"Polis telah mengambil tindakan segera dan kita memberi kerjasama penuh," katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata, kejadian yang berlaku di kompleks membeli-belah pada Sabtu lalu adalah mengenai suspek yang ditahan pada pukul 5.40 petang atas dakwaan cuba mencuri sebuah telefon bimbit dari salah satu premis.

"Insiden itu dirakamkan oleh kamera CCTV dan bukti telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan," kata pihak pengurusan itu. 

Sabtu lalu, berlaku satu insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Malam Ahad, dianggarkan ratusan orang berkumpul di hadapan Plaza Low Yat susulan insiden pergaduhan pada Sabtu.



Plaza Low Yat

Artikel Sebelum

Artikel Lain