suria

BCCK Sasar Pecah Rekod 10,000 Pengunjung Bufet Ramadan

KUCHING: Selepas berjaya mencatatkan rekod 10,000 pengunjung sepanjang Ramadan lalu, kali ini The Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) menggunakan pelbagai cara termasuk gimik sebagai promosi buka puasa.

Antara yang dilaksanakan adalah like sistem pembelian tiket penerbangan dalam talian, menawarkan harga bufet Ramadan lebih rendah untuk pengunjung awal dan mencetak baucar makan malam dari rumah.

Ketua Eksekutifnya, Eric van Piggelen berkata, usaha itu dilakukan untuk mengatasi rekod tahun lalu.

"Kami menggunakan aspek Teknologi, Komunikasi dan Maklumat (ICT) untuk memastikan bilangan pelanggan bufet Ramadan tahun ini lebih ramai," katanya.

E-baucar serendah RM50 juga ditawarkan menerusi laman web BCCK yang dilancarkan sejak Mei lalu dan mendapat sambutan memberangsangkan.

Pada hari pertama Ramadan, BCCK mengumumkan semua baucar berbuka puasa di situ habis dijual.

Ketua Pegawai Kewangannya, Joseph Chung berkata, sistem tempatan secara dalam talian adalah inovasi yang direka untuk acara utama di BCCK.

"Sehubungan itu, sesuai sekali kaedah sama digunakan untuk tempahan bufet Ramadan kali ini," katanya.

Selain itu, BCCK juga menggunakan aplikasi jaringan media sosial lain seperti Instagram dengan menawarkan hadiah baucar percuba kepada pelanggan yang mengirimkan gambar hidangan berbuka.

Bagi memastikan ruang mencukupi, pihak BCCK mengubahsuai dewan hingga dapat dimuatkan 1,500 orang setiap malam.

Chef Eksekutif dari Jerman, Thomas Schmid berkata, setiap malam akan ada gimik ketika menghidangkan menu utama BCCK kepada pengunjungnya.

Selain itu, kira-kira 30 minit sebelu berbuka puasa, pengunjung dapat menyaksikan pertunjukan bunyi dan lampu yang membawa mereka mengalami pengalaman seolah-olah terapung di udara.

Ramadan, BCCK, Eriv van Piggelen

Artikel Lain