suria

Polis Tahan Dua Suspek Curi Kereta

KUCHING: Unit Berbasikal Balai Polis Sentral menahan dua lelaki yang berkelakuan mencurigakan sehingga membawa kepada penemuan sebuah kereta dilaporkan hilang sejak setahun lepas.

Jurucakap polis berkata kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 29 tahun itu, berkelakuan mencurigakan ketika hendak menaiki sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Carpenter di sini kira-kira 10 malam Khamis.

Hasil pemeriksaan, beliau berkata polis mendapati kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Plat kenderaan yang digunakan sebenarnya plat pendaftaran sebuah motosikal.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati kereta itu dilaporkan hilang awal tahun lepas di Kota Samarahan," katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

curi kereta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain