suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Sabah: Operasi Mencari Dua Warga Singapura Diteruskan

KUNDASANG: Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian gempa bumi telah bermula sejak 6 pagi Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah, operasi tersebut yang terdiri lebih daripada 10 anggota dilaporkan mendarat di Laban Rata.

"Hari ini (Selasa) keadaan cuaca mengizinkan, walaupun ada kabus sedikit, tetapi ia tidak seteruk semalam, dan pasukan kami juga telah mendarat di Laban Rata.  Operasi pencarian kini telah bermula," katanya.

Pada Isnin, gerakan untuk membawa pasukan mencari dan menyelamat bagi misi membawa turun dua lagi mayat mangsa gempa di Gunung Kinabalu terpaksa dihentikan akibat kabus tebal di persekitaran gunung.

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan mereka ialah enam dari Malaysia, Singapura (tujuh), Filipina (satu), China (satu), Jepun (satu).

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu berpusat 16 kilometer di barat laut Ranau dan berlaku 7.15 pagi Jumaat.

Singapura, Gunung Kinabalu

Artikel Lain