suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Sarawak Sumbang RM1 Juta Untuk Mangsa Gempa Bumi Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Sarawak mengumumkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Bencana Gempa Bumi Gunung Kinabalu. 

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar 2 Sarawak Datuk Amar AwangTengah Ali Hasan, yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak, Isnin. 

Musa menerima kunjungan hormat Awang Tengah di kediaman rasminya Sri Gaya di sini.

"Kerajaan Sabah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan negeri Sarawak atas sumbangan sebanyak RM1 juta.  

"Kita amat menghargainya dan ini membuktikan betapa eratnya semangat persaudaraan antara pemimpin dan rakyat kedua-dua negeri yang berjiran. Apatah lagi ketika kita di Sabah sedang berhadapan dengan bencana ini," kata Musa dalam kenyataan di sini.

Ranau dilanda gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter pada 7.15 Jumaat lepas, mengorbankan 16 orang. Dua masih hilang.

Gempa Bumi Sabah

Artikel Lain