Curi Jam Omega, Petugas Hotel Dipenjara 4 Hari Dan Denda RM8,000 - Semasa | mStar

Curi Jam Omega, Petugas Hotel Dipenjara 4 Hari Dan Denda RM8,000

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Akibat mencuri seutas jam tangan jenama Omega milik seorang pelancong, seorang petugas kemasan hotel dipenjara empat hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhi hukuman tersebut terhadap Mohd Jazrul Abdul Rahim, 37, setelah dia mengaku bersalah mencuri jam tangan bernilai RM20,580 itu milik pelancong Cina, Xu Runcheng, empat hari lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap pada 4 Jun lepas dan mengembalikan jam tangan tersebut kepada mangsa.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh gagal membayar denda itu.

Mohd Jazrul didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik Nombor 716, Hotel Geo, Jalan Hang Kasturi, di sini pada pukul 11.30 pagi, 4 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, mangsa tertinggal jamnya di hotel selepas dia mendaftar keluar dari hotel tersebut.

Mangsa kemudian kembali semula ke hotel setelah menyedari ketiadaan jam itu namun gagal menemui jam itu.

Hasil siasatan polis mendapati tertuduh mencuri jam tersebut. Ketika rayuan tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan dengan alasan tertuduh telah insaf dengan perbuatannya selain tertuduh yang masih bujang perlu menanggung ibu bapanya yang sudah tua dan mempunyai pelbagai jenis penyakit.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan jenayah curi yang berlaku di negara ini.

curi jam omega , denda RM8 , 000

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain