suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saya Tabik Keputusan Mat Sabu Lepas Jawatan - Guan Eng

Mohamad Sabu.
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau menghormati keputusan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Lim berkata keputusan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak mementingkan jawatan selepas akur kepada keputusan yang dibuat oleh Muktamar Tahunan PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh wakil PAS dalam kerajaan negeri itu kelak akan diisi oleh pemimpin Melayu lain yang bukan daripada parti berkenaan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Larian Menara Komtar 2015, di sini, Ahad.

Pada Ahad, Mat Sabu memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.


Mat Sabu berkata keputusan itu dibuat berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam Pakatan Rakyat.

Dalam pemilihan parti Khamis lepas, Mat Sabu gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mat Sabu, Lim Guan Eng, lepas jawatan

Artikel Sebelum

36 Ditahan Kerana Dadah

Artikel Lain