suria

Khalid Samad Bidas Idea DHPP Ganti DAP

Khalid Samad

KUALA SELANGOR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad membidas pemimpin parti itu yang secara terbuka memperlekehkan kerjamasa politik dengan DAP dalam pakatan pembangkang.

Malah beliau turut menyifatkan pemimpin berkenaan mengeluarkan idea bodoh kononnya PAS tidak memerlukan DAP bagi memberi kefahaman kepada orang bukan Islam.

“Ada yang senang-senang kata kalau DAP tarik harga, kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Saya nak beritahu, orang yang keluarkan kenyataan itu tak terlibat dengan DHPP.

“Ini senang-senang boleh perlekehkan (DAP). Kalau saya jadi orang DAP saya jawab balik. Kalau PAS tarik harga, DAP ada Dyana Sofya (Mohd Daud), ada Rara (Syefura Othman) dan ada Melati,” katanya.

Sebelum ini, seorang lagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi dilaporkan berkata, PAS tidak memerlukan DAP sebaliknya parti Islam itu mempunyai DHPP sebagai alternatif.

Pandangan Nasrudin itu dibuat susulan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum itu yang menegaskan partinya sedia memutuskan hubungan dengan DAP ekoran sikap pemimpin parti itu dalam membentuk kabinet bayangan.

Menurut Hadi, DAP bukan satu-satunya parti yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini, sebaliknya PAS turut mempunyai sokokongan kelompok itu melalui DHPP.


Khalid Samad, DHPP, DAP, Dyana Sofya

Artikel Lain