suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ops Warta: 8,946 Pesalah Trafik Serah Diri

Anggota polis trafik memeriksa geran kereta milik seorang pemandu ketika Ops Warta berhampiran Tarat Sentral di Jalan Kuching-Serian, minggu lalu.

KUALA LUMPUR: Jumlah pesalah trafik dengan waran tangkap yang menyerah diri sejak Ops Warta dilancarkan 19 Mei lepas, mencecah 8,946 orang, setakat, Selasa.

Menurut laporan cawangan trafik Bukit Aman, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,267 orang, diikuti Johor dengan 1,979 sehingga kini.

Setakat hari ini, sejumlah 1,790 pesalah trafik di seluruh negara ditahan setelah gagal menyelesaikan waran tangkap mereka, dan daripada jumlah itu, 528 orang akan didakwa dan 1,262 lagi dibenarkan ikat jamin.

'Ops Warta' dilaksanakan untuk mengesan pesalah trafik yang belum menyelesaikan waran tangkap ke atas mereka.

Ops Warta, trafik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain