suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarawak Akan Serap GST - Adenan

SIBU: Kerajaan Sarawak akan menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran dan kerajaan negeri.

Dengan pengumuman tersebut, Sarawak menjadi negeri keempat selepas Johor, Terengganu dan Pulau Pinang untuk membantu rakyat membayar GST.

Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata beliau tahu rakyat menghadapi kos peningkatan hidup selepas pelaksanaan GST.

"GST menyebabkan harga barang naik yang di luar kawalan saya.

"Ini adalah isu peringkat Persekutuan dan bukannya isu negeri," katanya pada satu majlis penamatan kutipan tol di Jambatan Lanang pada Ahad.

Walaupun demikian, beliau berkata kerajaan negeri akan berusaha mencari jalan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Ini termasuk memansuhkan kutipan tol di beberapa jambatan di negeri ini, mengurangkan caj perkhidmatan feri dari RM6 kepada RM1 bagi setiap penggunaan dan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna kediaman dan komersial.

Sarawak, GST

Artikel Lain