suria

Lari Sekatan, Pemuda Maut Dirempuh

SEORANG penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta ketika didakwa cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang diadakan di jalan Loke Yew, berdekatan ibu negara pada awal pagi Khamis.

Kemalangan pada pukul 12.20 pagi Khamis itu berlaku apabila mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ dari arah pusat bandar ke Cheras melintas jalan menerusi pembahagi jalan kira-kira 20 meter dari lokasi ops warta dijalankan.

Ketika melintasi pembahagi jalan, motosikal mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta Proton Iswara.

Pertembungan kuat itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Cheras Baru mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan mati di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Superintendan S. Markandan berkata mangsa melintasi ke arah jalan bertentangan di laluan laju.

Semakan mendapati motosikal mangsa tamat tempoh cukai jalan sejak 2013 dan kesalahan itu dipercayai menjadi punca mangsa melarikan diri.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 kurungan 1 akta pengangkutan jalan 1997.

Artikel Lain