suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RMK11: Intipati Ucapan PM

KUALA LUMPUR: Berikut antara intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 di Dewan Rakyat, Khamis.

* RMK11 mengandungi enam strategi tumpuan iaitu inklusiviti, kesejahteraan rakyat, modal insan, pertumbuhan hijau, infrastruktur dan; inovasi dan produktiviti.

* Terdapat enam pemacu perubahan yang akan dilaksana bagi memastikan RMK11 mencapai matlamat iaitu:

i. meningkatkan produktiviti

ii. menjana kekayaan melalui inovasi

iii. mempertingkat peratusan masyarakat kelas menengah.

iv. menteraskan pendidikan dan latihan teknikal atau TVET

v. melaksana pertumbuhan hijau.

* Beberapa perancangan dan sasaran digariskan dalam RMK11 yang hendak dilaksana dan dicapai dalam tempoh pelaksanaan pelan itu dari 2016 hingga 2020. Antaranya:
- kerajaan menyasarkan pendapatan purata isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) meningkat kepada RM5,000 pada 2020.
- masyarakat kelas menengah pula yang saiznya pada masa ini 40 peratus akan ditingkatkan kepada 45 peratus menjelang 2020
 - kadar penglibatan tenaga kerja wanita ditingkatkan kepada 59 peratus
- penyertaan OKU untuk mengisi lebih 16,000 jawatan dalam sektor awam
- satu pelan tindakan yang menggariskan hala tuju pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India disediakan
- kerajaan akan membina 3,000 km jalan berturap di luar bandar
- akses kepada bekalan air dan elektrik seluruh negara ditingkatkan kepada 98 peratus pada 2020
- kerajaan menyasarkan sebanyak RM236 bilion nilai pelaburan bagi lima koridor ekonomi wilayah dengan 470,000 peluang pekerjaan baharu
- Malaysia Vision Valley akan diwujudkan di Negeri Sembilan merangkumi kawasan seluas 108,000 hektar
- pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP untuk pelaburan Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancar
- sebanyak 165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos RM33 juta
- sebanyak 653,000 unit rumah mampu milik akan dibina
- satu program baik pulih secara besar-besaran rumah-rumah kampung dan luar bandar melibatkan 400,000 buah rumah akan dilaksana
- Universiti Malaya dipilih untuk menumpukan kecemerlangan sukan badminton, UiTM untuk sukan bola sepak
- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dinaik taraf kepada status universiti
 - sejumlah 1.5 juta peluang pekerjaan baharu bakal diwujudkan
- memperkenalkan Indeks Gaji Nasional sebagai petunjuk dan penanda aras untuk majikan menetapkan gaji yang setimpal dengan produktiviti
- Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional akan diperkasa bagi melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi
- kadar 100 peratus enrolmen pelajar dari peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah menjelang 2020
- melaksanakan Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Baharu dengan jarak 197 km
- pembinaan landasan kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur dengan Jurong East, Singapura
- semua isi rumah tinggal di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi akan mendapat akses jalur lebar berkelajuan 100 megabit sesaat menjelang 2020
- loji-loji janakuasa baharu akan dibina bagi menjana 7,626 megawatt kuasa elektrik
- satu pelan tindakan nasional akan digubal bagi menggariskan hala tuju serta merangka tindakan komprehensif dalam memacu produktiviti dan menubuhkan Majlis Produktiviti Nasional
* Bagi keseluruhan pelaksana RMK11, kerajaan menyediakan siling peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM260 bilion 
* kerajaan akan memastikan hasil GST akan diperuntukkan kembali untuk manfaat dan keperluan rakyat keseluruhannya. -- Bernama

RMK11, Najib Razak, Dewan Rakyat

Artikel Lain