suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

23 GRO Warga Asing Ditahan Di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 23 wanita pelayan pelanggan (GRO) rakyat asing ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Permatang Pauh, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam operasi pada 11.15 malam itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai penjaga premis berkenaan.

"Mereka yang ditahan dalam operasi oleh Polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) itu terdiri daripada 17 wanita Vietnam, empat dari Thailand dan dua wanita China," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata 23 wanita asing berusia antara 18 dan 34 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya menyalahguna pas lawatan sosial dan tiada dokumen perjalanan diri.

Berdasarkan siasatan, premis hiburan yang beroperasi sejak tahun lepas itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini atas kesalahan sama.

GRO

Artikel Lain