suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Berkas Lima GRO Filipina Dalam 'Ops Noda'

LABUAN: Lima warga Filipina yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) diberkas polis di sebuah kelab malam di Jalan Bunga Seroja di bandar ini pada malam Jumaat lalu.  

Warga asing itu berusia antara 21 dan 33 tahun, tidak mempunyai permit kerja sah, tetapi menyalahgunakan pas pelawat mereka. 

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata mereka diberkas bersama penjaga, penyelia dan pengurus premis itu dalam 'Ops Noda' pada kira-kira 11.30 malam.

Mereka akan didakwa di Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63. Penjaga premis tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 55b akta yang sama kerana melindungi pendatang haram.  

“Kesemua mereka telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah untuk tindakan selanjutnya," katanya.

GRO, OPS NODA

Artikel Lain