suria

Bas Sekolah Terbalik, Enam Pelajar & Pemandu Cedera

Kemalangan mengakibatkan enam pelajar dan pemandu cedera.
KOTA KINABALU : Enam pelajar sekolah menengah dan seorang pemandu bas cedera manakala 35 yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dan terbalik .

Dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, kesemua mereka dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Keningau bagi menghadiri program akademik.

Pemandu bas yang hanya dikenali sebagai Hazle, berkata ketika kejadian bas membawa 40 pelajar itu dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Keningau untuk menghadiri program akademik.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori dari arah bertentang dipercayai masuk laluan. Saya cuba mengelak dan menyebabkan bas terbabas dan terbalik,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Papar, Asisten Superintendan Azhari Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu, sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu dan membawa pelajar yang cedera di bawa ke Hospital Papar.

Artikel Lain