suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmin Dakwa Beliau Cuma Bertanya Soalan Kepada KPN

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan membuat tuduhan terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa ceramah di Permatang Pauh baru-baru ini. 

Azmin berkata beliau cuma bertanya soalan kepada Khalid semasa ceramah dan bahawa beliau telah mengemukakan salinan klip video itu kepada peguamnya.

"Saya bertanya soalan kepada IGP, bukan tuduhan tapi soalan. Adakah sekarang soalan pun tak boleh. Adakah saya perlu memohon maaf untuk bertanya
soalan," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada pelajar sekolah kebangsaan Tamil di
Selangor, di sini, Sabtu.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan beliau yang dikatakan menghina Khalid dengan menggelarnya "barua UMNO" semasa ceramah politik menjelang Pilihan Raya
Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini. 

Beliau mengulangi bahawa kenyataannya itu hanya ditujukan kepada Ketua Polis Negara dan bukan seluruh pasukan polis.
Azmin

Artikel Lain