suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Agung OIC

Iyad Ameen Madani

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Tan Sri Iyad Ameen Madani di Perdana Putra di sini.

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada atur cara Madani sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bermula semalam, iaitu lawatan pertama beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Januari 2014.

Madani yang diiringi delegasinya, meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu Najib di pejabat perdana menteri.

Menurut seorang anggota delegasinya, perjumpaan berprofil tinggi itu antara lain membincangkan isu penting berkaitan status perjanjian damai di selatan Filipina, yang diusahakan Malaysia.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, lawatan itu mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memainkan peranan aktif dalam OIC, dan dedikasinya dalam menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi umat Islam.

OIC, Putrajaya

Artikel Berikut

SPAD Sita 'Easy Taxi" Sapu

Artikel Lain