suria

Ops Roda: 11 Penunggang Pulang Tanpa Motosikal

SHAH ALAM: Seramai 11 penunggang terpaksa berjalan selepas motosikal mereka disita polis gara-gara tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh dalam Ops Roda di Plaza Tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan, di sini pada Rabu.

Asisten Supritendan (ASP) Unit Lebuhraya Zon Tengah (1) Bukit Aman, Rahmat Abdul Manap berkata, operasi yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 1.30 petang itu bertujuan mengurangkan jumlah kematian penunggang motosikal akibat tidak mengikut undang-undang yang disediakan.

"Dalam oeprasi hari ini sebanyak 11 motosikal telah di sita selepas penunggang gagal mempamerkan lesen memandu serta cukai jalan tamat tempoh.

"Kesemua motosikal tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam dan untuk tuntutan perlu dibuat oleh mereka yang mempunyai lesen memandu sahaja.

"Kita juga mengeluarkan sebanyak 155 sama kepada pesalah lain termasuk kerana motosikal yang tidak mempunyai cermin sisi," katanya di lokasi operasi di sini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Rahmat memberitahu, lebih 25,000 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal sejak Ops Roda dimulakan pada 12 Februari lalu.

"Lebih 25,000 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada penunggang motosikal di seluruh negara dan daripada jumlah itu kesalahan tidak mempunyai lesen memandu antara yang tertinggi.

"Kesalahan lain yang sering dilakukan penunggang motosikal pula ialah cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai pada motosikal," jelasnya.

Ops Roda

Artikel Lain