suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perak Komited Urus Hutan Kekal

LUMUT: Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perhutanan komited dalam melaksanakan program Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (SFM), kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata sebahagian besar hutan dikekalkan malah di Pulau Pangkor misalnya, beberapa bukit dijadikan tarikan agar pelancong dapat merasai suasana alam semula jadi hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna.

Setakat 28 Februari lalu, keluasan hutan di Perak ialah 1.02 juta hektar atau 48.6 peratus daripada jumlah keluasan tanah di negeri ini, katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak 2015 dan Kembara Rimba di Arena Square Pasir Bogak pada Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pengarah Perhutanan Negeri Datuk Roslan Ariffin.  

Sementara itu Zambry berkata beliau mahu Pelan Pembangunan Sukan Lasak di Pulau Pangkor dilaksanakan sebagai produk pelancongan terbaharu.   

"Saya menyarankan agar lokasi yang menarik di Pulau Pangkor dikaji bagipembangunan eko pelancongan termasuk memasukkan unsur sukan lasak seperti basikal bukit, flying fox dan orienteering," katanya.   

Beliau turut menyertai aktiviti kembara rimba bersama anggota Jabatan Hutan serta pengamal media di Hutan Simpan Pangkor Selatan sejauh 1.8 kilometer selain menanam 30 pokok spesis Merawan Siput Jantan.

Artikel Lain