suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Kafe Universiti Ditetak

BESUT: Seorang pekerja kafe Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Tembila di sini cedera di bahu kanannya akibat dilibas dengan pedang oleh seorang lelaki tidak dikenali awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata ketika kejadian, mangsa berusia 31 tahun, berasal dari Pasir Puteh, Kelantan, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai bekerja kira-kira pukul 12.15 tengah malam dengan menunggang motosikal bersendirian.

"Semasa dalam perjalanan, mangsa menyedari dia diekori seorang penunggang motosikal lain dan ketika melalui kawasan berhampiran Stadium Mini Kampung Raja, suspek sambil lalu telah menetak mangsa dari arah belakang, mengenai bahu kanan mangsa yang mencederakannya," katanya.

Mangsa kemudian terus menunggang motosikal ke Balai Polis Kampung Raja untuk membuat laporan dalam keadaan berlumuran darah, kemudian dibawa keluarganya ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk mendapatkan rawatan.

Unisza

Artikel Sebelum

Artikel Lain