suria

Azmin Arah Teliti Semula Slogan Sukma 'Kita Lawan'

Mohamed Azmin Ali.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau meminta anggota exco pembangunan sukan Selangor Amirudin Shaari meneliti semula slogan 'Kita Lawan' yang dicadang digunakan kontinjen Selangor untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2016.

Menteri Besar berkata slogan itu bukanlah idea kerajaan negeri, sebaliknya cadangan daripada persatuan sukan yang terbabit dalam Sukma 2016.

"Saya juga dimaklumkan bahawa slogan 'Kita Lawan' hanya satu cadangan dan belum ditetapkan sebagai slogan rasmi Kontinjen Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen ke-19 Kolej International INPENS di sini, Sabtu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis Anugerah Sukan Selangor 2014 malam tadi bertitah bahawa baginda tidak berkenan dengan penggunaan slogan "Kita Lawan" untuk kontinjen Selangor yang akan beraksi di temasya Sukma 2016. 

Ini kerana, titah baginda slogan itu telah diguna pakai oleh sebuah parti politik.

"Beta berpendapat lebih baik kontinjen Selangor untuk Sukma 2016 mencari slogan lain lebih bersemangat dan dapat berbangga mewakili Selangor, serta tidak mempunyai kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik atlet, pasukan dan Selangor yang kita kasihi ini," titahnya.

Mohamed Azmin Ali, Sukma 2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain