suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Komited Perluas Bidang Kuasa Mahkamah Syariah

Jamil Khir Baharom

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah termasuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penubuhan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Jenayah Syariah peringkat Persekutuan adalah bagi memastikan pelaksanaan undang-undang itu dapat dilaksanakan dengan teratur selaras Perlembagaan negara.

"Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha bagi memastkan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan termasuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, menaik taraf sistem kehakiman syariah dan menyemak semula kedudukan hakim-hakim Mahkamah Syariah.

“Kerajaan sedia maklum berkenaan hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah. Oleh itu, sebelum undang-undang itu dapat dilaksanakan, peruntukan undang-undang sedia ada perlu diteliti bagi memastikan pelaksanaannya selaras dengan Perlembagaan dan undang-undang yang sedang berkuat-kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) yang meminta kerajaan menyatakan komitmen dalam pelaksanaan undang-undang berkaitan hudud, Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan.

Selain itu, menurut Jamil Khir, kerajaan negeri juga perlu memberi perhatian terhadap penggubalan undang-undang jenayah syariah yang komprehensif agar dapat memenuhi prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman.


Artikel Lain